Samsung Bakal Memperkenalkan Peranti Keluarga Galaxy Baru Pada 15 Ogos

Samsung Bakal Memperkenalkan Peranti Keluarga Galaxy Baru Pada 15 Ogos

Diterbitkan pada July 21, 2012 oleh .

Samsung nampaknya mempunyai pelbagai perancangan pada bulan Ogos ini. Dengan pelbagai ura-ura mengatakan yang mana mereka akan melancarkan Galaxy Note 2 pada IFA 2012 penghujung Ogos ini, kini Samsung turut mengadakan sebuah acara khas pada 15 Ogos kelak.

Daripada apa yang diperkatakan, Samsung bakal memperkenalkan peranti Galaxy baru pada acara tersebut. Namun ramai yang masih tidak mengetahui apakah Samsung bakal memperkenalkan, serta membuatkan beberapa spekulasi mengatakan ianya adalah Galaxy Note 10.1 yang masih tidak dijual sehingga hari ini.

Jemputan yang mula dihantar oleh Samsung itu juga turut sama tidak mengatakan sama ada peranti baru kelak adalah telefon pintar ataupun tablet.

Jadi, adakah Samsung bakal memperkenalkan tablet terbaru mereka, ataupun adakah ianya adalah Galaxy Note 2 yang dinantikan ramai? Apa kata anda?


TIPS & ULASAN