Lebih Banyak Fungsi Berasaskan Web Untuk Instagram Bakal Menjelang Tiba?

Lebih Banyak Fungsi Berasaskan Web Untuk Instagram Bakal Menjelang Tiba?

Diterbitkan pada July 21, 2012 oleh .

Selain daripada kemaskini yang diperkenalkan untuk web Instagram baru-baru ini, membolehkan para pengguna meninggalkan komen dan Like, nampaknya lebih banyak perkara lain akan diperkenalkan, termasuk beberapa ujian baru yang kelihatan sedang dilakukan pada laman mereka.

Terkini, ia dilaporkan beberapa pengguna melihat pautan untuk melihat profil Instagram mereka pada panel untuk menu log keluar. Namun apabila diklik, ia hanya sekadar memperlihatkan pautan 400 sahaja buat masa ini.

Sehingga ke hari ini, ia masih tidak mempunyai sebarang URL khas untuk para pengguna berkongsi dengan yang lain untuk memperlihatkan gambar-gambar mereka, dan tentunya sekiranya ia diperkenalkan, akan mengembirakan pelbagai pihak.

Buat masa ini, bilakah ianya akan diperkenalkan masih tidak diketahui lagi. Namun, daripada apa yang ramai pengguna laporkan, mungkin ia akan dilancarkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN