Firefox 15 Beta Untuk Android Kini Membawakan Antaramuka Baru Untuk Pengguna Tablet

Firefox 15 Beta Untuk Android Kini Membawakan Antaramuka Baru Untuk Pengguna Tablet

Diterbitkan pada July 21, 2012 oleh .

Setelah membawakan antaramuka serba baru untuk pengguna peranti mudah-alih, kini melalui Firefox 15 Beta, Mozilla bergerak selangkah ke hadapan, dengan kini menyertakan antaramuka yang dioptimasikan untuk para pengguna tablet.

Bersama-sama dengan kemaskini yang dibawakan, Firefox 15 Beta untuk Android turut sama dioptimasikan untuk beroperasi dengan pantas, selain membawakan sokongan protokol SPDY bersama-sama dengannya.

Beberapa perkara lain turut disertakan, seperti sokongan swipe untuk menutup tab, serta mengakses web dengan antaramuka desktop, terus daripada menu yang disediakan.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh memuat-turun Firefox 15 beta hari ini, dan mencubanya sendiri pada tablet atau telefon pintar Android anda.


TIPS & ULASAN