Cari @ Amanz

Sama seperti aplikasi Siri pada iPhone ataupun Google Now pada Android, kini Research In Motion juga turut sama bakal membawakan sokongan sama, membolehkan para pengguna mengawal peranti dengan hanya menggunakan suara.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat pembangunan, dan daripada apa yang dilihat, ia hanya membolehkan para pengguna membuat carian, dan membuat beberapa arahan seperti menghantar mesej, membuat panggilan dan sebagainya. Memandangkan peranti Dev Alpha sendiri mempunyai sokongan yang terhad, maka ujian lain masih tidak dapat dilakukan sepenuhnya pada BlackBerry 10 buat masa ini.

Jadi, daripada video yang diperlihatkan, apa kata anda berkenaan dengan fungsi baru ini pada BlackBerry 10?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd