Carian
Google Maps Offline Kini Menyokong Johor, Melaka, Negeri Sembilan Dan Pahang
July 21, 2012 Aman

Walaupun Google mengumumkan sokongan offline pada Google Maps sebelum ini untuk Android, namun pengguna Malaysia tidak dapat menggunakannya. Tetapi kini ia berubah sedikit demi sedikit, dengan beberapa kawasan kini menerima sokongan tersebut.

Perkara ini mungkin sebahagian daripada kesan kemaskini kepada sokongan peta luar-talian di Singapura yang diperkenalkan baru-baru ini, membolehkan para pengguna di selatan Semenanjung Malaysia menggunakan sokongan tersebut.

Sokongan Google Maps Offline untuk Android, membolehkan anda memuat-turun data untuk sesuatu kawasan, dan menyimpannya pada peranti anda, sekaligus membolehkan anda menggunakannya secara luar-talian pada peranti Android anda.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun sebahagian data untuk Semenanjung Malaysia secara luar-talian hari ini, dan menggunakannya pada peranti Android.

Kemaskini : Sebahagian daripada Sabah dan Sarawak juga disokong untuk Google Maps Offline.

Komen