Cari @ Amanz

Setelah mengumumkan kemaskini Nokia Drive 3.0 tempoh hari, kini para pengguna tempatan telah pun boleh mengemaskininya, yang mana menyertakan beberapa kemaskini baru padanya. Namun, untuk pengguna tempatan, sokongan baru yang didatangkan adalah agak terhad, dan tidak menyertakan sokongan My Commute yang dinantikan ramai.

Kemaskini yang diperkenalkan untuk pengguna tempatan adalah agak sedikit, iaitu sokongan mod latar masa secara automatik, dimana latar dan pencahayaan aplikasi diubah secara automatik diantara siang dan juga malam. Selain daripada itu, salah satu fungsi baru yang disertakan adalah termasuk sokongan pin destinasi kegemaran anda di skrin utama Windows Phone, membolehkan anda menetapkan sesuatu destinasi dengan pantas dan mudah.

Bagi para pengguna Nokia Lumia 610, 710, 800 dan juga 900, anda boleh memuat-turun Nokia Drive 3.0 pada peranti anda, dan menggunakan beberapa kemaskini kecil yang disertakan padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd