Risalah Ramadan Menyediakan Pelbagai Panduan Menarik Untuk Pengguna Windows Phone

Risalah Ramadan Menyediakan Pelbagai Panduan Menarik Untuk Pengguna Windows Phone

Diterbitkan pada July 22, 2012 oleh .

Selain daripada beberapa aplikasi untuk Android, iOS dan juga Nokia, kini para pengguna Windows Phone turut sama boleh memuat-turun salah satu aplikasi yang dibangunkan oleh pembangun daripada negara jiran, dinamakan sebagai Risalah Ramadan.

Aplikasi ini direkabentuk dengan antaramuka mesra Metro, membolehkan ia dinavigasi, dan digunakan dengan mudah. Sokongan carian turut disertakan bersama-sama dengannya, selain sokongan perkongsian ke laman sosial dan sebagainya.

Risalah Ramadan menyediakan pelbagai panduan dan juga rujukan mengenai bulan Ramadhan, termasuk menyertakan info mengenai berpuasa, bersahur, solat sunat, dan pelbagai perkara lain padanya.

Aplikasi ini disediakan secara percuma kepada para pengguna Windows Phone, dan boleh dimuat-turun daripada Marketplace hari ini.


TIPS & ULASAN