Office 2013 Didatangkan Dengan Sokongan Untuk Edit Fail PDF

Office 2013 Didatangkan Dengan Sokongan Untuk Edit Fail PDF

Diterbitkan pada July 22, 2012 oleh .

Selama ini, sekiranya untuk mengubah fail berformat PDF, para pengguna memerlukan pelbagai perisian dan aplikasi tambahan, kini nampaknya melalui Office 2013, Microsoft menyertakan sokongan terbina pada aplikasi pejabat mereka.

Dengan Office 2013, para pengguna tidak lagi memerlukan sebarang perisian tambahan, dimana anda boleh membuka terus fail berformat PDF pada Microsoft Word, dan melakukan perubahan dan sebagainya terus daripadanya.

Selain daripada membuat perubahan, para pengguna juga turut boleh menyimpan fail dalam format PDF terus daripada aplikasi Office 2013.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun dan mencuba sendiri versi pembangunan Office 2013, sebelum ia dilancarkan kepada umum dalam beberapa bulan lagi.

TIPS & ULASAN