Word 2013 Turut Memudahkan Penambahan Kandungan Video Dari Internet

Diterbitkan pada July 22, 2012. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Berbeza dengan versi sebelum ini, Office 2013 memudahkan para pengguna menambah kandungan daripada internet dengan mudah, terutamanya berbentuk gambar mahupun video. Daripada versi ujian, Word 2013 Preview, ia membolehkan para pengguna menambah video daripada Bing, YouTube, mahupun daripada sebarang laman lain dengan mudah padanya.

Menariknya, ia juga boleh digunakan sebagai elemen biasa yang lain, membolehkan teks disusun dengan cantik, bersama-sama dengan video dan lain-lain objek yang anda sertakan pada dokumen tersebut.

Bagi mereka yang berminat untuk mencuba sendiri Office 2013, anda boleh memuat-turunnya hari ini daripada laman rasmi Microsoft dan mencubanya sendiri pada Windows 7 ataupun Windows 8 Release Preview.

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami