Cari @ Amanz

(Video) Nokia N9 Menjalankan Firefox OS (B2G)

Oleh Aman

Link Copied!

Nampaknya, ia kelihatan Nokia N9 sebagai antara peranti yang menarik, dimana selain daripada sokongan menjalankan MeeGo yang didatangkan terbina, serta sokongan Android, kini pembangun bebas turut sama mengoptimasikan Firefox OS untuk dijalankan pada peranti tersebut.

Daripada video yang dipertontonkan, ia memperlihatkan Firefox OS dijalankan pada peranti Nokia N9, dan ia berjalan lancar tanpa masalah padanya. Namun, salah satu perkara yang tampak adalah ia dipasang secara terbalik, dan pembangunnya mengatakan beliau akan memperkenalkan kemaskini untuknya tidak lama lagi.

Bagi mereka yang mempunyai peranti Nokia N9, anda boleh mencuba sendiri dengan memuat-turun dan mengikuti tutorial ringkas yang disediakan oleh pembangunnya.

Sebagai alternatif, anda juga boleh mencuba sendiri Firefox OS pada Windows dengan mudah hari ini.

Terima kasih Fenz.


Komen ()