Selain daripada laporan berkaitan angka jualan Samsung Galaxy S3 yang melangkaui angka 10 juta dalam masa kurang 2 bulan, kini ia turut diura-ura akan yang mana Galaxy S3 bakal menerima kemaskini Android 4.1.1 Jelly Bean seawal bulan hadapan.
Sekiranya benar, perkara ini semestinya akan mengembirakan ramai pengguna Galaxy S3 seluruh dunia. Sering kali, salah satu masalah yang dihadapi adalah masa kemaskini untuk platform Android yang agak lambat, dan kini ramai pengeluar peranti bersaing antara satu sama lain dalam memperkenalkan kemaskini kepada peranti keluaran mereka.
Sebelum ini, Asus dan HTC telah mengumumkan akan mengeluarkan kemaskini kepada beberapa peranti mereka, namun tiada sebarang tarikh rasmi diberikan.
Daripada ura-ura yang kedengaran ini, ia turut dikatakan sekiranya semuanya berjalan lancar, Galaxy S2 turut sama akan menerima kemaskini Jelly Bean, selain Galaxy Note yang akan menerimanya selepas kedua-dua peranti utama Samsung itu menerimanya.