Cari @ Amanz

Nampaknya, peranti terkini daripada Samsung menerima permintaan yang lebih tinggi berbanding Galalxy S2 sebelum ini, dimana terkini Samsung melaporkan jualan peranti Galaxy S3 telah pun melangkaui angka 10 juta unit di seluruh dunia dalam masa kurang dua bulan sejak mula dijual.

Sekiranya permintaan kekal seperti yang disasarkan, ia dijangka Samsung bakal menjual lebih 40 juta unit Galaxy S3 dalam tahun 2012 ini. Secara kasarnya, daripada jualan 10 juta unit ini, ia memperlihatkan, Samsung menjual secara purata 190,000 peranti Galaxy S3 setiap hari.

Sebelum ini, Galaxy S2 mengambil masa sehingga 5 bulan untuk mencapai angka yang sama. Galaxy S3 yang dilancarkan oleh Samsung baru-baru ini menyertakan pelbagai fungsi yang menarik, disamping menggunakan Android 4.0 Ice Cream Sandwich, skrin seluas 4.8-inci, serta menyertakan sokongan khas seperti S-Voice dan beberapa fungsi lain padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd