Cari @ Amanz

Selain daripada pelancaran perkhidmatan UniFi di Terengganu baru-baru ini, Telekom Malaysia juga kini turut mengumumkan yang mana pelanggan untuk perkhidmatan jalur-lebar berkelajuan tinggi mereka kini telah pun melangkaui angka 400,000 orang, lebih awal daripada tarikh sasaran.

Sebelum ini, TM mengumumkan pencapaian sebanyak 300,000 orang pelanggan lebih kurang tiga bulan yang lepas. Selain daripada penambahan bilangan pelanggan, TM juga aktif menambah kawasan liputan UniFi, dimana kini disokong dilebih 83 kawasan, termasuk di Lembah Klang, Pulau Pinang, Kedah, Johor, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, dan terkini di Terengganu.

Di Malaysia, selain daripada TM UniFi, beberapa syarikat telekomunikasi lain turut menyediakan perkhidmatan seumpamanya, termasuk Maxis, P1, dan juga TIME dot Com.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd