Telefon pintar Samsung Galaxy S merupakan kesinambungan kepada keluarga Galaxy S generasi pertama. Sepertimana yang kita sedia maklum, telefon Samsung Galaxy yang berlabel ‘S’ merupakan model utama dan telefon Galaxy S Advance ini tidak boleh dibandingkan dengan Galaxy S 2 dan Galaxy S 3. Telefon ini membawakan paparan antaramuka TouchWiz 4.0 yang paling baru dan juga dilengkapi dengan beberapa kemaskini yang memastikan keluarga Galaxy S kekal relevan dengan pasaran.
Spesifikasi
Telefon Samsung Galaxy S Advance (GT I9070) yang merupakan model kemaskini kepada Galaxy S (GT I900) ini membawakan penambahan kepada fungsi-fungsi asas seperti berikut
- RAM telefon ditambah kepada 768MB berbanding 512MB pada model Galaxy S
- Capaian HSDPA yang lebih laju iaitu 14.4 Mbps
- Lampu limpah kamera LED
- Sensor kamera kedua (kamera di skrin) setinggi 1.3MP berbanding sensor VGA pada model Galaxy S
- Cip dwi teras Cortex A9 berbanding satu teras Cortex A8 Hummingbird pada Galaxy S
- Terdapat penambahan sensor gyrometer
- Touch Wiz UI 4.0 yang membawakan perubahan antaramuka yang lebih kemas
- Dioperasikan oleh Gingerbread.
Rekabentuk
Rekabentuk telefon (disebelah kiri) ini pula lebih kurang sama dengan model terdahulu (sebelah kanan) dan ianya mempunyai kemasan seakan-akan Galaxy S2. Dari segi saiz, saiznya mempunyai perbezaan yang terlalu kecil dengan Galaxy S dan membawakan skrin yang sedikit lengkung.
Akan tetapi menurut perbandingan GSM Arena, skrin Galaxy S Advance tidak dilengkapi dengan Kaca Gorilla, yang mungkin menjadikan telefon ini kurang lasak berbanding telefon sebelumnya. Fungsi TV-Out juga tidak kelihatan pada telefon Galaxy S Advance berbanding model terdahulu.
Harga Jualan
Di Malaysia, Samsung Galaxy S Advance telah pun mula dijual sejak daripada awal April yang lepas, dimana ia ditawarkan oleh beberapa syarikat telekomunikasi tempatan, termasuk UMobile, DiGi dan juga yang lain-lain.
Bagi anda yang tidak ingin mendapatkannya pada harga komitmen bulanan daripada syarikat telekomunikasi, boleh mendapatkannya pada harga penuh sekitar RM1099-1129 di pengedar rasmi Samsung seluruh negara.