Locus VS Menawarkan Tema Berasaskan Metro Kepada Pengguna Windows 7

Locus VS Menawarkan Tema Berasaskan Metro Kepada Pengguna Windows 7

Diterbitkan pada July 23, 2012 oleh .

Terdapat beberapa pilihan tema untuk para pengguna Windows 7, yang membolehkan anda menikmati antaramuka Metro pada komputer anda, selain menantikan pelancaran Windows 8. Salah satunya, yang terbaru adalah Locus, yang mana membawakan antaramuka dan rekabentuk berasaskan Metro yang menarik kepada para pengguna Windows 7.

Locus merupakan salah satu Visual Style yang memfokuskan kepada antaramuka Metro, dimana membawakan perubahan bukan sahaja pada menu Start, tetapi turut sama pada tetingkap pada sistem operasi anda. Ia turut sama boleh dioptimasikan untuk memenuhi citarasa anda, seperti pilihan rekabentuk FolderBand pada tetingkap dan sebagainya.

Namun untuk memasangnya pada Windows 7, ia memerlukan beberapa langkah dilalui, yang mana diterangkan oleh pembangunnya daripada fail muat-turun yang disediakan beliau.

Bagi yang berminat, boleh memuat-turun tema Locus VS ini, dan mula menggunakannya pada komputer Windows 7 anda hari ini. Dan sekiranya mempunyai sebarang tema berasaskan Metro yang lain, jangan lupa berkongsi bersama kami.

Terima kasih JomPHP.


TIPS & ULASAN