10 Carian Terhangat Google Malaysia 13-19 Julai 2012

10 Carian Terhangat Google Malaysia 13-19 Julai 2012

Diterbitkan pada July 23, 2012 oleh .

Untuk mendapatkan berita terkini dan informasi lanjut berkaitan sesuatu perkara, para pengguna di seluruh dunia membuat carian informasi pada Google. Berikut merupakan ringkasan keputusan Google Zeitgeist, danntuk minggu lepas, banyak carian telah dilakukan terhadap perkara berkaitan dengan festival hari tertentu dan isu-isu yang melibatkan dunia hiburan.

1) No Bra Day
Golongan wanita di Amerika Syarikat menyambut hari tersebut pada 9 Julai. Menariknya, ramai rakyat Malaysia dilihat berminat dan melakukan carian terhadap isu ini

2)Himpunan Oren
Bantahan terhadap penyenaraian Felda Global Ventures Holding ini berlaku pada 14 Julai yang lalu.

3)Bon Odori
Festival yang berasal dari Jepun yang diadakan dengan usahasama expatriat dari Jepun ini diadakan di Stadium Shah Alam pada 14 Julai yang lalu

4) Semakan UPU
Keputusan permohonan UPU di institusi pengajian tinggi tempatan terserdia di laman web dari 13 Julai sehingga 13 Ogos 2012

5)Billa 2
Peminat filem Tamil boleh menonton filem prekuel untuk filem Billa pada tahun 2007 dipawagam berhampiran.

6) Agnes Monica
Para peminat digemparkan apabila aktres dan penyanyi Indonesia yang popular ini muncul seksi dan tampil dengan baju berwarna kulit didalam anugerah yang berprestij baru-baru ini.

7) Sunny Leone 
Aktres Bollywood yang seksi telah diambil sebagai hakim didalam rancangan India’s Got Talent

8) Roger Federer 
Lagenda tenis dari Switzerland ini meraikan kejayaanya kekal pemain No 1 pada minggu ke 287.

9) Galaxy Note 2 / Phablet 
Ramai pengguna internet mencari maklumat berkenaan telefon tablet ini yang bakal dijual tidak lama lagi

10) Honda Civic
Honda menayangkan model terbaru Honda Civic generasi ke-9 yang menampilkan 4 variasi model.


TIPS & ULASAN