Mungkin buat masa ini, ramai yang sudah sedia mengenali akan program terbaru daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, iaitu yang dilancarkan baru-baru ini. Menariknya, bagi mereka yang berminat dengan IT, Yayasan Sukarelawan Siswa 1M4U turut sama menyertakan Kluster Teknologi Maklumat dan Keusahawanan Sosial melaluinya.
Bagi yang tidak mengenali akan Yayasan Sukarelawan Siswa , ia merupakan salah satu program transformasi sosial yang diperkenalkan oleh KPT (Kementerian Pengajian Tinggi), membolehkan para pelajar dan siswa di seluruh negara, menyertai program sukarelawan dan menyumbang kepada komuniti.
Beberapa kluster turut ditubuhkan dibawah program Yayasan Sukarelawan Siswa 1M4U ini, membolehkan para siswa memilih kluster yang paling sesuai dengan kepakaran dan minat mereka, dan salah satunya adalah Kluster Teknologi Maklumat dan Keusahawanan Sosial.
Beberapa kluster lain yang turut disediakan adalah termasuk :
- Kluster Pendidikan
- Kluster Pembangunan Komuniti
- Kluster Agribio dan Alam Sekitar
- Kluster Kesihatan dan Alam Sekitar
- Kluster Pengurusan Krisis dan Komuniti
Memandangkan ramai pembaca Amanz minat akan IT, maka anda mungkin boleh menyertai Yayasan Sukarelawan Siswa 1M4U ini, dan memilih Kluster Teknologi Maklumat dan Keusahawanan Sosial. Ia sekaligus memudahkan anda memfokuskan kepada perkara yang anda minat, dan menyumbang kepada komuniti pada masa yang sama.
Selain daripada itu, beberapa perkara menarik yang turut akan dinikmati anda dengan menyertainya adalah termasuk sijil penyertaan daripada Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia, berinteraksi dengan sukarelawan daripada IPT lain dengan minat serupa, menyumbang kepada komuniti dengan berkongsi minat dan kepakaran anda, menerima latihan berkaitan aktiviti sukarelawan, dan beberapa perkara lain lagi.
Jadi, tanpa melengahkan masa lagi, anda boleh mendapatkan info lanjut berkaitan dengannya daripada hari ini, dan jangan lupa Like akan untuk mendapatkan lebih banyak perkembangan semasa berkenaan aktiviti di IPT.
Advertorial daripada .