Akhirnya, iOS 6 Tidak Meminta Kata Laluan Untuk Memuat-Turun Aplikasi Percuma

Akhirnya, iOS 6 Tidak Meminta Kata Laluan Untuk Memuat-Turun Aplikasi Percuma

Diterbitkan pada July 23, 2012 oleh .

Bagi para pengguna peranti iOS, semestinya kadangkala agak malas untuk memasukkan kata laluan berulang-kali ketika memuat-turun aplikasi. Dan melalui iOS 6 kelak, ia dilihat perkara tersebut akhirnya akan diatasi oleh Apple, dan perkara ini telah pun mula kelihatan pada iOS 6 Beta 3.

Daripada iOS 6 Beta 3, ia kelihatan yang mana para pengguna hanya perlu memasukkan kata laluan ketika memuat-turun aplikasi berbayar sahaja, sebaliknya untuk aplikasi percuma, tiada kata laluan yang diperlukan.

Ini mungkin sekaligus memudahkan anda, sekiranya anak anda menggunakan peranti, dan memudahkan mereka memuat-turun aplikasi percuma untuk digunakan dan sebagainya.


TIPS & ULASAN