Galaxy Note 2 Bakal Diperkenalkan Pada 15 Ogos Kelak?

Galaxy Note 2 Bakal Diperkenalkan Pada 15 Ogos Kelak?

Diterbitkan pada July 24, 2012 oleh .

Bagi yang mengikuti perkembangan semasa Samsung, mungkin sedia maklum akan mengenai acara khas yang bakal diadakan mereka pada 15 Ogos kelak. Kini, BGR melaporkan yang mana sumber terdekat mereka mengatakan Samsung bakal memperkenalkan Galaxy Note 2 pada acara tersebut.

Daripada apa yang diperkatakan, Samsung bakal menawarkan Galaxy Note 2 yang sedikit panjang, dan lebih nipis, serta menyertakan skrin bersaiz 5.5-inci padanya. Namun, perkara ini masih sekadar ura-ura dan masih belum disahkan sepenuhnya buat masa ini.

Selain daripada itu, mengikut laporan awal juga, ia dikatakan Galaxy Note 2 bakal menyertakan cip pemprosesan empat-teras bersama-sama dengannya. Namun, salah satu perkara yang masih tidak diketahui lagi adalah sama ada ia akan menyertakan Jelly Bean atau pun Ice Cream Sandwich sebagai sistem operasinya.

Sama-sama kita nantikan pengumuman rasmi Samsung pada 15 Ogos kelak.


TIPS & ULASAN