Video Iklan Untuk Samsung Galaxy Note 10.1 Kelihatan Di Arena Web

Video Iklan Untuk Samsung Galaxy Note 10.1 Kelihatan Di Arena Web

Diterbitkan pada July 24, 2012 oleh .

Selain daripada ura-ura berkaitan Galaxy Note 2, kini video promosi untuk Samsung Galaxy Note 10.1 turut sama kelihatan di arena web, sekaligus menandakan pelancaran dan penjualannya makin hampir. Mungkinkah kita akan dapat melihatnya diumumkan sama pada 15 Ogos kelak?

Samsung sebelum ini telah memperlihatkan Galaxy Note 10.1 pada awal tahun ini, yang mana secara asasnya membawakan tablet dengan sokongan S-Pen, bersama-sama beberapa aplikasi khas untuknya.

Namun, daripada apa yang kedengaran, sejak daripada diperlihatkan, pelbagai perkara telah diubah oleh Samsung, termasuk beberapa spesifikasi padanya. Ia juga kini kurang pasti sama ada sekiranya dijual, adakah ia akan membawakan Android 4.1 Jelly Bean padanya ataupun sebaliknya.

Mungkin lebih info berkaitan dengannya akan kelihatan dan diketahui pada IFA 2012 kelak.


TIPS & ULASAN