Carian
iPhone Generasi Baru Akan Didatangkan Dengan Penyambung Dock Lebih Kecil?
July 24, 2012 Aman

Dengan semakin hampir kepada pelancaran iOS 6, ura-ura mengenai iPhone 5 juga mula kedengaran, dimana terkini, Reuters melaporkan iPhone generasi baru kelak akan membawakan penyambung dock yang lebih kecil berbanding sedia ada.


Kerangka Badan iPhone 5? [via]

Ia dilaporkan, perkara ini dilakukan untuk memberikan sedikit ruang untuk headphone jack yang dialihkan ke bahagian bawah peranti tersebut, serba sebanyak menyerupai iPod Touch pada hari ini.

Perkara ini, sekiranya benar, akan menjadikan para pengguna perlu membeli beberapa aksesori baru, disamping aksesori sedia ada tidak mesra dengan iPhone generasi baru kelak (melainkan digunakan bersama adapter khas).

Selain daripada itu, mengikut laporan DigiTimes juga, ia diperkatakan Apple telah pun memulakan pengeluaran iPhone generasi baru mereka. Ia disasarkan, Apple mungkin akan memperkenalkannya pada awal Oktober sama seperti tahun lepas, bersama-sama dengan iOS 6.

Komen