Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi yang menawarkan sokongan seumpama pada Mac OS X pada Windows, dan terkini Mission Control / Expose Clone W7 membawakan sokongan seumpama Mission Control pada OS X kepada para pengguna Windows.

Melaluinya, ia membolehkan para pengguna melihat semua tetingkap mereka, yang disusun secara rawak dan diperlihatkan dalam satu paparan. Daripada apa yang diuji oleh kami sendiri, ia berjalan lancar, malah menyusun semua aplikasi yang dibuka dengan menarik tanpa sebarang masalah.

Buat masa ini, ia masih lagi pada peringkat beta, dan memerlukan para pengguna menambah beberapa perkara untuk menggunakannya bersama-sama dengan kekunci pintas Ctrl + Tab. Bagi mereka yang berminat, mungkin boleh memuat-turun dan menggunakannya hari ini. Dan sekiranya mempunyai sebarang alternatif lain, jangan lupa untuk berkongsi bersama kami.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd