Microsoft Sedang Mencari Jurutera Untuk Membangunkan Perisian Office Untuk iOS

Microsoft Sedang Mencari Jurutera Untuk Membangunkan Perisian Office Untuk iOS

Diterbitkan pada July 24, 2012 oleh .

Sebelum ini, beberapa ura-ura telah kedengaran berkenaan dengan Office untuk platform mudah-alih iOS. Perkara yang hanya diura-ura akan sebelum ini, mungkin akan tercapai tidak lama lagi, apabila kini Microsoft dilihat sedang mencari beberapa orang pekerja baru dalam merekabentuk dan menguji aplikasi Office pada iOS dan Mac.

Memandangkan pihak Microsoft baru sahaja sedang mencari jurutera perisian untuk kedua-dua platform tersebut, mungkin ia akan mengambil beberapa bulan lagi sebelum ia dilancarkan kepada umum.

Buat masa ini, Microsoft dalam fasa ujian terbuka untuk Office 2013 mereka bagi para pengguna Windows, dan dijangka akan memperkenalkannya tidak lama lagi, apatah lagi Windows 8 RT akan didatangkan bersama-sama dengannya.


TIPS & ULASAN