Sony sedia terkenal dengan peranti Xperia Active mereka yang sememangnya tahan lasak dengan pelbagai ujian tukul dan sebagainya. Dan kini, Xperia Go turut sama membawakan ciri-ciri daripadanya, membawakan peranti yang tahan lasak dan juga kalis air.
Daripada apa yang diperlihatkan, Xperia Go dilihat kalis daripada air, dan juga disamping membawakan rekabentuk badan yang tahan lasak dan sesuai bagi mereka yang bekerja diluar dan memerlukan peranti pintar yang tahan pelbagai perkara. Disamping itu, ia juga kalis daripada habuk dan pelbagai perkara lain.
Di Malaysia, Xperia Go dijual pada harga RM999 dan boleh didapati daripada semua pengedar rasmi di seluruh negara.