DiGi Mula Menawarkan Samsung Galaxy Tab 2 Bersaiz 10.1-inci Dan 7-inci

DiGi Mula Menawarkan Samsung Galaxy Tab 2 Bersaiz 10.1-inci Dan 7-inci

Diterbitkan pada July 24, 2012 oleh .

Selepas mula dijual oleh beberapa pengedar dan syarikat telekomunikasi lain, kini DiGi turut sama tidak ketinggalan dengan menawarkan tablet terbaru daripada Samsung, iaitu Samsung Galaxy Tab 10.1-inci dan juga Galaxy Tab 7-inci.

Daripada pakej yang disertakan oleh DiGi, mereka menawarkan Samsung Galaxy Tab 2 (10.1) pada harga serendah RM649 dengan kontrak selama 24-bulan untuk pakej DG SmartPlan 88, manakala Samsung Galaxy Tab 2 (7.0) pada harga RM499 dengan pakej yang sama.

Untuk makluman, Samsung Galaxy Tab 2 (7.0) membawakan skrin bersaiz 7.0-inci, cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, kamera belakang 3-megapixel, kamera hadapan VGA dan dijana menggunakan Android 4.0.3 Ice Cream Sandwich. Galaxy Tab 2 (10.1) pula membawakan spesifikasi lebih kurang sama, iaitu cip pemprosesan dwi-teras 1GHz, kamera 3.15-megapixel di bahagian belakang dan kamera hadapan VGA, skrin sentuh bersaiz 10.1-inci dan dijana menggunakan Android 4.0.3 Ice Cream Sandwich.

Selain daripada pakej bersama DiGi, para pengguna turut sama boleh mendapatkannya secara berasingan pada harga RM1499 untuk Galaxy Tab2 (10.1) dan RM1299 untuk Galaxy Tab 2 (7.0).


TIPS & ULASAN