Cari @ Amanz

Selain daripada video iklan untuk Samsung Galaxy Note 10.1, sebuah laman, iaitu The Brave Post telah pun dapat mencuba sendiri peranti tersebut, dan berkongsi beberapa perkara, termasuk spesifikasi dan sebagainya bersama yang lain.

Daripada apa yang diperlihatkan, ia membawakan beberapa kemaskini berbanding apa yang diperlihatkan pada Mobile World Congress, awal tahun ini.

Galaxy Note 10.1 yang diuji turut sama membawakan slot khas untuk S-Pen, berbeza dengan apa yang diperlihatkan sebelum ini, sekaligus memastikan S-Pen yang disertakan tidak mudah hilang, serta mudah dibawa kemana sahaja anda pergi.

Disamping itu, Galaxy Note 10.1 turut sama membawakan cip pemprosesan empat-teras 1.4GHz sama seperti pada Galaxy S3, memori sebanyak 2GB RAM, skrin bersaiz 10.1-inci dengan resolusi 1280×800 pixel, kamera dan juga belakang 5-megapixel dan 1.9-megapixel pada bahagian hadapan, serta menyertakan bater dengan kapasiti 7000mAh.

Berkenaan dengan platform yang digunakan, masih tidak dipastikan ianya menjalankan Android versi apa, memandangkan ia tidak dikongsikan oleh The Brave Post.

Mungkin lebih banyak perkara, bersama-sama dengan beberapa fungsi baru yang disertakan pada Galaxy Note 10.1 akan diumumkan oleh Samsung pada acara khas 15 Ogos ataupun pada IFA 2012 kelak. Sama-sama kita nantikannya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd