Box Memperkenalkan Aplikasi Rasmi Untuk Pengguna Windows Phone

Box Memperkenalkan Aplikasi Rasmi Untuk Pengguna Windows Phone

Diterbitkan pada July 24, 2012 oleh .

Hari ini, secara rasminya, Box.com yang popular dengan perkhidmatan storan atas-talian mereka telah pun memperkenalkan aplikasi rasmi untuk Windows Phone, sekaligus memudahkan para pengguna platform tersebut menikmati pelbagai kelebihan untuk memuat-naik fail terus ke Box.

Windows Phone menjadi platform ketiga pilihan mereka, selepas sebelum ini Box memperkenalkan aplikasi rasmi untuk iOS dan juga Android. Selain daripada hanya untuk Windows Phone, ia juga diperkatakan, Box sedang dalam proses membangunkan aplikasi Windows 8 untuk para pengguna desktop.

Sama seperti kebanyakkan aplikasi lain, aplikasi Box untuk Windows Phone turut sama membawakan antaramuka berasaskan Metro, disamping membawakan beberapa fungsi menarik, termasuk sokongan carian fail pantas menggunakan aplikasi mereka, disamping membolehkan anda berkolaborasi bersama rakan-rakan lain dengan mudah.

Bagi para pengguna Windows Phone yang berminat, boleh memuat-turun aplikasi Box terus daripada Marketplace hari ini.


TIPS & ULASAN