Viber 2.2 Untuk Windows Phone Membawakan Beberapa Fungsi Baru

Viber 2.2 Untuk Windows Phone Membawakan Beberapa Fungsi Baru

Diterbitkan pada July 25, 2012 oleh .

Selain daripada aplikasi Skype dan juga Tango, salah satu aplikasi yang popular untuk permesejan pada Windows Phone semestinya adalah Viber. Hari ini, pembangunnya mengumumkan beberapa fungsi baru bersama-sama dengan pengenalan Viber 2.2 untuk Windows Phone.

Daripada kemaskini yang diperkenalkan, salah satu fungsi baru yang diperkenalkan adalah sokongan permesejan secara berkumpulan, membolehkan anda membincangkan sesuatu perkara bersama-sama dengan lebih daripada satu rakan pada sesuatu masa.

Disamping itu, setiap mesej juga kini disertakan dengan timestamp, membolehkan anda mengawal dan menguruskannya dengan mudah. Selain itu, kini anda turut sama boleh menambah gambar dengan mudah pada Contacts.

Bagi para pengguna Windows Phone, anda boleh memuat-turun Viber daripada Marketplace, dan menikmati pelbagai perkara menarik melaluinya.


TIPS & ULASAN