Cari @ Amanz

Apple hari ini telah pun mengumumkan pendapatan suku ketiga tahun fiskal 2012, yang mana memperlihatkan pendapatan Apple berjumlah $35B pada suku tahun-ketiga.

Daripada jumlah tersebut, semestinya ramai yang menantikan pecahan jualan peranti oleh pihak Apple. Daripada apa yang dikongsikan, Apple telah menjual sebanyak 26 juta iPhone, yang mana memperlihatkan peningkatan sebanyak 28% berbanding tahun lepas. Namun, perkara yang dibanggakan oleh Apple semestinya adalah penjualan iPad yang meningkat sebanyak 84% berbanding tahun lepas, berjumlah sebanyak 17 juta pada suku tahun ketiga.

Angka lain yang dikongsikan berkaitan suku tahun tersebut adalah termasuk jualan Mac berjumlah 4 juta unit, dan juga iPod yang berjumlah 10 juta unit.

Apple mensasarkan untuk suku keempat tahun fiskal ini, pendapatan sebanyak $34 billion, dan semestinya apa yang dinantikan ramai kelak adalah iPhone generasi baru daripada mereka.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd