Cari @ Amanz

Bersama-sama pengumuman mengenai pendapatan suku tahunan mereka, Apple juga turut sama mengesahkan yang mana OS X Mountain Lion akan dijual bermula lewat hari ini – 25 Julai, dan boleh didapati dalam bentuk digital terus daripada Mac App Store pada hagra $19.99.

Para pengguna Mac OS sedia ada, boleh menyemak sama ada sistem mereka disokong dengan Mountain Lion, dan memuat-turun OS X 10.8 Mountain Lion terus daripada Mac App Store kelak. Berbeza dengan sebelum ini, ia dikatakan versi baru ini tidak akan ditawarkan dalam bentuk USB.

Mountain Lion merupakan sistem operasi terkini daripada Apple, yang mana membawakan beberapa penambahan baru, termasuk sistem notifikasi, integrasi iCloud dengan lebih mendalam, integrasi Twitter dan Facebook, sokongan Voice Dictation, serta lebih 200 fungsi yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd