Cari @ Amanz

Terdapat beberapa aplikasi yang membolehkan para pengguna mengoptimasikan pelayar web Chrome mereka, dan salah satunya adalah aplikasi percuma, dinamakan sebagai Iron Cleaner.

Iron Cleaner membolehkan para pengguna memadam beberapa data lama yang terdapat pada pelayar web Chrome, yang biasanya membuatkan ia menjadi berat, disebabkan perlu load pelbagai perkara sebelum memulakannya, dan menggunakannya.

Iron Cleaner membolehkan anda memadam beberapa data yang tidak digunakan secara automatik menggunakannya. Sebagai pilihan tambahan, para pengguna juga turut boleh memilih untuk memadam Bookmark, Favicon dan sebagainya. Data-data yang biasanya akan dipadam oleh Iron Cleaner adalah termasuk folder Cache, folder Temp, History, Cookies, dan beberapa perkara lain.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh memuat-turun Iron Cleaner hari ini, dan mencubanya sendiri. Sebagai alternatif lain, mungkin juga anda boleh menggunakan CCleaner dan beberapa yang lain dalam mendapatkan hasil yang lebih kurang sama.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd