Twitter Bakal Membolehkan Anda Memuat-Turun Tweet Dari Profil Anda

Twitter Bakal Membolehkan Anda Memuat-Turun Tweet Dari Profil Anda

Diterbitkan pada July 25, 2012 oleh .

Twitter kini telah menjadi antara medium komunikasi yang utama dikalangan pengguna internet, dan kini, pihak pembangun Twitter sedang dalam proses membangunkan aplikasi ringkas membolehkan para pengguna mengeksport semua TWeet mereka dengan mudah.

Perkara ini dikongsikan oleh CEO Twitter, mengatakan kelak para pengguna boleh memuat-turun salinan Tweet mereka ke desktop dengan mudah melalui aplikasi tersebut.

Ini semestinya merupakan salah satu perkara gembira bagi para pengguna Twitter, sekaligus membolehkan mereka memuat-turun dan menyimpan salinan Tweet-Tweet yang pernah dikongsikan mereka sebelum-sebelum ini.

Buat masa ini, ia masih tidak diketahui bilakah Twitter akan memperkenalkan fungsi tersebut.


TIPS & ULASAN