Cari @ Amanz

Google nampaknya terus membawakan beberapa perubahan kecil pada laman carian mereka, dimana kini sekiranya anda melakukan carian berkaitan pengiraan dan sebagainya, Google kini memperlihatkan antaramuka kalkulator terbina pada enjin carian mereka.

Perkara ini, serba sebanyak adalah untuk memudahkan para pengguna memasukkan beberapa persamaan Matematik dengan lebih mudah lagi, berbanding sebelum ini.

Bagi mereka yang ingin menggunakannya, anda hanya perlu menaip sebarang persamaan Matematik, dan kalkulator terbina pada enjin carian akan diperlihatkan padanya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd