Cari @ Amanz

Seperti mana yang kami laporkan pada awal pagi ini, kini Apple telah pun menambah Mountain Lion pada Mac App Store, membolehkan para pengguna mendapatkannya pada harga $19.99, dan mula mengemaskini sistem operasi mereka hari ini.

Bersama-sama dengan Mountain Lion, Apple mengatakan mereka membawakan lebih daripada 200 fungsi baru, dimana antaranya adalah integrasi iCloud dengan lebih mendalam, sokongan notifikasi, dan beberapa perkara baru, termasuk Notes, Reminder, dan beberapa yang lain lagi.

Bagi para pengguna OS X Lion sedia ada, anda boleh membuka Mac App Store hari ini, dan mula memuat-turun versi terbaru sistem operasi anda, dan menggunakan pelbagai fungsi dan ciri-ciri baru yang disertakan bersama dengannya hari ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd