Samsung Memperlihatkan Rekabentuk Konsep Peranti Mereka Pada 2006

Samsung Memperlihatkan Rekabentuk Konsep Peranti Mereka Pada 2006

Diterbitkan pada July 26, 2012 oleh .

Perang antara Samsung dan juga Apple berterusan, dimana terkini Samsung hadir dengan beberapa gambar konsep, mengatakan mereka tidak meniru rekabentuk Apple, malah telah membuat rekabentuk sebegitu sejak 2006 lagi, sebelum Apple memperkenalkan peranti iPhone mereka kepada umum.

Ramai yang sebelum ini mengatakan Samsung mengubah rekabentuk peranti mereka kepada skrin bersaiz besar dengan butang terhad selepas iPhone diperkenalkan. Namun, dengan memperlihatkan gambar-gambar terbaru ini, Samsung menangkis tuduhan tersebut.

Pada masa yang sama, Samsung turut menambah yang mana Apple bergantung kepada teknologi daripada Samsung dalam memasuki arena telekomunikasi, serta menggunakan pelbagai paten teknologi Samsung tanpa membayar untuknya. Mungkin kita akan melihat lebih banyak info diperlihatkan dari semasa ke semasa oleh pihak Samsung dan Apple dengan kes saman mereka yang hangat diperkatakan akhir-akhir ini.


TIPS & ULASAN