BlackBerry 10 Didatangkan Bersama Sokongan Editor Gambar Terbina

BlackBerry 10 Didatangkan Bersama Sokongan Editor Gambar Terbina

Diterbitkan pada July 26, 2012 oleh .

Nampaknya, selain daripada sokongan seumpama Siri pada BlackBerry 10, RIM juga bakal membawakan pelbagai fungsi baru pada sistem operasi terbaru mereka, dan salah satunya adalah sokongan editor gambar terbina.

Aplikasi terbina yang dinamakan Photo Editor ini membolehkan anda membuat pelbagai perkara termasuk sokongan untuk memusingkan gambar, menghilangkan Red Eye, mengubah kecerahan gambar dan pelbagai lagi.

Pada masa yang sama, ia juga turut sama menyertakan sokongan penambahan efek pada gambar, seumpama Instagram, membolehkan anda menjadikan gambar anda lebih menarik tanpa memerlukan sebarang aplikasi tambahan.

Mungkin dengan minggu demi minggu, lebih banyak fungsi baru akan kelihatan, yang mana kelihatan amat menarik dari hari ke hari.

RIM dijangka akan memperkenalkan peranti pertama mereka dengan BlackBerry 10 pada awal tahun hadapan – 2013.


TIPS & ULASAN