Mozilla Menyediakan Tema Bendera Untuk Firefox Bersempena Sukan Olimpik

Mozilla Menyediakan Tema Bendera Untuk Firefox Bersempena Sukan Olimpik

Diterbitkan pada July 26, 2012 oleh .

Bersempena dengan sukan Olimpik, kini Mozilla membolehkan anda menyokong pasukan kegemaran anda dengan mengubah tema pelayar web Firefox anda, kepada tema mengikut negara yang anda sokong.

Sebanyak lebih 62 tema berasaskan kepada bendera disediakan oleh Mozilla melalui sebuah halaman khas pada Add-Ons, membolehkan anda menambah dan menggunakannya dengan mudah. Bendera Malaysia juga turut disertakan dalam koleksi lebih 62 tema dari negara-negara yang berbeza it.

Selain daripada itu, Mozilla juga mengubah logo pada halaman permulaan pelayar web Firefox, dengan menyertakan tema Olimpik padanya.

Sukan Olimpik akan bermula pada hari Jumaat ini dan diadakan di London, dan menerima sokongan pelbagai syarikat dan gergasi internet seluruh dunia.


TIPS & ULASAN