Path Menerima Kemaskini – Membawakan Paparan Gambar Yang Lebih Besar

Path Menerima Kemaskini – Membawakan Paparan Gambar Yang Lebih Besar

Diterbitkan pada July 26, 2012 oleh .

Pembangun aplikasi sosial popular, Path hari ini telah pun memperkenalkan beberapa fungsi baru pada aplikasi mereka di Android dan iOS, melalui kemaskini iOS dan juga Android. Salah satu fungsi yang dikemaskini termasuk memperlihatkan gambar dengan lebih besar berbanding sebelum ini.

Pada Path 2.5, gambar dipaparkan dengan saiz lebih 30% besar berbanding versi sebelumnya, selain mana turut disertakan dengan sokongan Movies dan juga Books, membolehkan anda kongsi filem yang sedang ditonton, mahupun buku yang dibaca anda.

Pada masa yang sama, ia turut menyertakan sokongan berkongsi video, selain rakaman gambar yang dipermudahkan dengan kebolehan untuk menambah efek seumpama Instagram yang disertakan padanya.

Bagi mereka yang berminat, boleh memuat-turun Path untuk iOS dan juga Android hari ini, dan mula menguruskan laman sosial anda dengan lebih mudah melalui hanya satu aplikasi mudah-alih. Cubanya hari ini.


TIPS & ULASAN