Gambar Dan Spesifikasi Sony LT30p Mint Diperlihatkan

Gambar Dan Spesifikasi Sony LT30p Mint Diperlihatkan

Diterbitkan pada July 26, 2012 oleh .

Selain daripada Samsung yang bakal hadir dengan beberapa peranti baru pada IFA 2012, Sony Mobile juga bakal melakukan perkara sama, dimana salah satu peranti yang dijangka akan diperlihatkan adalah Sony LT30p yang turut dikenali dengan nama “Mint”.

Daripada laman Mobile-Review, mereka berkongsi beberapa gambar “Mint” ini dengan lebih dekat, sekaligus berkongsi beberapa spesifikasi padanya. Peranti ini dikatakan membawakan cip pemprosesan empat-teras Snapdragon S4, kamera 13-megapixel, skrin seluas 4.3-inci dengan paparan 720×1280 pixel, serta pelbagai sokongan popular biasa, seperti output MHL, NFC dan bateri yang tidak boleh ditanggalkan.

Walaubagaimanapun, gambar yang diperlihatkan adalah gambar prototaip, dan mungkin pada IFA 2012 kelak, Sony akan berkongsi peranti dengan rekabentuk akhir kelak (sekiranya terdapat sebarang perubahan).

Jadi, apa kata anda berkenaan dengan “Mint” ini?


TIPS & ULASAN