Dengan Windows 8 yang menjelang tiba pada 26 Oktober kelak, kini, selain daripada beberapa beberapa info dan paparan skrin yang dikongsikan, gambar yang diperkatakan sebagai wallpaper akhir untuk Windows 8 turut kelihatan di arena web.
Ia dikatakan wallpaper ini didapati daripada windows 8 RTM. Bersama-sama dengan gambar ini, mungkin Microsoft akan membawakan lebih banyak gambar lain, namun yang ini akan digunakan sebagai wallpaper utama pada Windows 8 kelak.
Jadi, apa kata anda berkenaan dengan gambar wallpaper ini berbanding versi-versi sebelum ini, terutamanya Windows 7 dan juga Windows XP.