Kemaskini Nokia Belle Feature Pack 2 merupakan salah satu kemaskini yang dinantikan oleh para pengguna Symbian (kini dikenali Nokia OS). Dengan ia dikatakan akan diperkenalkan dalam beberapa minggu lagi, sebuah video baru kini kelihatan, menunjukkan pelbagai fungsi baru padanya.
Nokia Belle Feature Pack 2 membawakan beberapa perkara baru, termasuk skrin kunci yang serba baru, pemain muzik dan juga papan kekunci atas skrin yang diberikan nafas baru, dan beberapa perkara lain lagi.
Daripada video yang diperlihatkan, ianya masih lagi pada versi pembangunan awal, dan mungkin versi akhir kelak akan lebih lancar berbandingnya.
Buat masa ini, Nokia masih tidak mengumumkan sebarang perkara mengenai Nokia Belle Feature Pack 2 ini. Namun, daripada apa yang kedengaran, ia diperkatakan Nokia 808 PureView akan menjadi yang terawal untuk menerimanya kelak.