Bosan menaip menggunakan papan kekunci atas-skrin pada telefon pintar anda? Kini, Google melangkah setapak kehadapan dengan memperkenalkan fungsi carian menggunakan tulisan, yang dipanggil Handwrite, dan diperkenalkan untuk tablet dan telefon pintar hari ini.
Menggunakan fungsi tersebut, para pengguna perlu mengaktifkannya daripada tetapan carian mereka, dan seterusnya menggunakan tulisan tangan dalam melakukan carian di Google.
Buat masa ini, Google masih melabelkan fungsi baru ini sebagai eksperimental, dan mengatakan yang mana fungsi ini berfungsi dengan lebih baik apabila menggunakan pelayar web Chrome.
Menariknya mengenai sokongan ini adalah dimana selain daripada abjad biasa, ia juga menyokong tulisan menggunakan bahasa lain padanya.
Namun begitu, buat kami, ia masih lagi lebih pantas apabila kami menaip menggunakan papan kekunci seperti biasa.