Facebook Mempunyai Lebih 955 Juta Pengguna Aktif – 552 Juta Pengguna Layari Setiap Hari

Facebook Mempunyai Lebih 955 Juta Pengguna Aktif – 552 Juta Pengguna Layari Setiap Hari

Diterbitkan pada July 27, 2012 oleh .

Salah satu perkara yang dinantikan ramai adalah perkongsian angka daripada Facebook berkaitan suku tahun kedua untuk 2012, dan kini, ia telah pun diumumkan, memperlihatkan Facebook mempunyai lebih 955 juta pengguna aktif sebulan pada penghujung Jun yang lepas.

Daripada angka tersebut, seramai 552 juta pengguna melayari Facebook setiap hari, disamping setiap bulan, seramai lebih 543 juta pengguna melayarinya menggunakan peranti mudah-alih.

Dan menariknya, pendapatan yang dijana oleh Facebook juga meningkat, mencapai $1.18 billion pada suku tahun yang lepas, salah satu angka yang lebih tinggi daripada sasaran awal ramai penganalisa.

Dengan ini, Facebook selangkah mendekati angka pengguna 1 billion, dan dengan fokus mereka yang kini beralih kepada peranti mudah-alih, mungkin angka tersebut dapat dicapai dalam masa terdekat. Disamping itu, ura-ura terkini turut mengatakan Facebook bakal melancarkan telefon pintar mereka dengan bekerjasama bersama pihak HTC, dan disasarkan untuk dipasarkan pada pertengahan tahun hadapan.


TIPS & ULASAN