Instagram Mempunyai Lebih 80 Juta Pengguna Pada iOS Dan Android

Instagram Mempunyai Lebih 80 Juta Pengguna Pada iOS Dan Android

Diterbitkan pada July 27, 2012 oleh .

Selain daripada Facebook, salah satu produk milik mereka yang dibeli pada harga berbillion ringgit, iaitu Instagram turut sama berkongsi statistik terkini mereka. Instagram kini mengumumkan yang mana mereka mempunyai lebih 80 juta pengguna pada platform iOS dan juga Android.

Angka tersebut kelihatan terus berkembang dari hari ke hari, dan boleh dikatakan suatu angka yang besar, apatah lagi ditawarkan kepada dua platform popular sahaja buat masa ini.

Pada masa yang sama, Instagram turut mengumumkan yang mana lebih daripada 4 billion gambar telah dikongsikan melalui platform mereka sehingga kini.

Akhir-akhir ini, beberapa laporan turut mengatakan yang mana Instagram akan memperkenalkan versi web tidak lama lagi. Perkara ini selari dengan kemaskini web yang diperkenalkan mereka secara berperingkat akhir-akhir ini.

Dan sekiranya trend Instagram ini kekal popular, mungkin kita akan dapat melihat ia melangkaui angka 100 juta pengguna tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN