Aplikasi Camera Extras Diperkenalkan Kepada Para Pengguna Nokia Lumia Tempatan

Aplikasi Camera Extras Diperkenalkan Kepada Para Pengguna Nokia Lumia Tempatan

Diterbitkan pada July 27, 2012 oleh .

Setelah hanya eksklusif untuk beberapa negara sahaja sebelum ini, kini aplikasi Camera Extra diperkenalkan kepada para pengguna peranti Nokia Lumia di Malaysia, membolehkan para pengguna tempatan turut sama menikmati aplikasi khas tersebut.

Aplikasi Camera Extras ini membawakan beberapa fungsi rakaman tambahan kepada aplikasi kamera terbina, dan antaranya adalah termasuk sokongan merakamkan gambar berkumpulan melalui fungsi dinamakan Smart Group Shot. Ia secara automatik akan merakamkan beberapa gambar, dan membolehkan anda memilih gambar yang terbaik, disamping mengubah ekspresi muka dengan mudah.

Selain daripada itu, ia turut sama menyertakan fungsi-fungsi lain seperti Action Shot, Self Timer dan juga Panorama Mode.

Bagi para pengguna yang berminat, boleh memuat-turun Camera Extras ini ke peranti Nokia Lumia anda hari ini, dan mula menggunakan pelbagai fungsi khas yang dibawakan bersama dengannya.


TIPS & ULASAN