Gambar Rekabentuk Prototaip Awal Apple iPhone Dipertontonkan

Gambar Rekabentuk Prototaip Awal Apple iPhone Dipertontonkan

Diterbitkan pada July 27, 2012 oleh .

Jikalau pada minggu lepas kita dapat melihat prototaip awal iPad, kini, dengan perkembangan kes mahkamah antara Apple dan Samsung, prototaip awal iPhone turut sama dikongsikan, yang mana dilihat, Apple menguji pelbagai jenis rekabentuk sebelum hadir dengan rekabentuk yang digunakan sekarang.

Daripada gambar-gambar yang diperlihatkan, ia menunjukkan yang mana Apple pernah menguji pelbagai jenis rekabentuk dan saiz, daripada lebih nipis, memanjang, dan sebagainya. Perkara ini sekaligus memperlihatkan yang mana pelbagai ura-ura yang kedengaran sebelum ini, ada serba sebanyak yang benar dan juga sebaliknya.


TIPS & ULASAN