Google Membolehkan Anda Mengikuti Sukan Olimpik Terus Melalui YouTUbe

Google Membolehkan Anda Mengikuti Sukan Olimpik Terus Melalui YouTUbe

Diterbitkan pada July 27, 2012 oleh .

Minat akan sukan Olimpik? Kini anda boleh mengikutinya dengan mudah terus pada komputer anda, dimana Google melalui laman YouTube miliknya membawaka siaran langsung bermula daripada hari ini, sehingga 12 Ogos kelak.

Sepanjang tempoh tersebut, para pengguna dan peminat sukan di Malaysia bolehh mengikuti pelbagai rangkuman terus melalui komputer mereka dengan mengakses saluran khas YouTube Olimpik secara percuma.

Selain daripada halaman YouTube, Google juga turut sama menyediakan sebuah halaman khas, membolehkan semua mengikuti kemaskini bilangan pingat yang telah dimenangi, disamping mengikuti kemaskini semasa permainan tersebut daripada Google+ dan lain-lain.


TIPS & ULASAN