Cari @ Amanz

Selepas memperkenalkan sokongan peta 3D untuk para pengguna Android, kini Google melanjutkan fungsi tersebut kepada para pengguna iOS, dimana para pengguna iOS boleh memuat-turun Google Earth 7.0 yang turut didatangkan dengan sokongan gambar dan paparan 3D untuk beberapa buah negara.

Bagi mereka yang ingat akan pada WWDC yang lepas, Apple mengatakan ingin membawakan fungsi yang lebih kurang sama pada iOS 6, dan Google nampaknya bergerak lebih pantas dalam memperkenalkan sokongan tersebut kepada para pengguna iOS.

Walaubagaimanapun, memandangkan sokongan 3D ini memerlukan tenaga pemprosesan yang lebih tinggi, maka ia hanya diperkenalkan kepada pengguna iPad 2, iPad Baru, dan juga iPhone 4S sahaja, sebaliknya peranti lain masih boleh mengemaskini kepada Google Earth 7.0, namun tidak mendapat sokongan paparan bandar 3D padanya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun Google Earth 7.0 terus daripada AppStore hari ini, dan mencubanya sendiri pada peranti anda. Sokongan serupa dijangka akan diperkenalkan kepada pengguna desktop tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd