Samsung Menjual Lebih 50.5 Juta Telefon Pintar Pada Suku Tahun Kedua Yang Lepas

Samsung Menjual Lebih 50.5 Juta Telefon Pintar Pada Suku Tahun Kedua Yang Lepas

Diterbitkan pada July 27, 2012 oleh .

Samsung terus mengekalkan kedudukan sebagai pengeluar telefon pintar terkemuka dunia, dimana pada suku tahun kedua yang lepas, Samsung menjual sejumlah lebih 50.5 juta telefon pintar, hampir dua kali ganda daripada jualan pesaingnya, Apple.

Mengikut laporan oleh StrategyAnalytics, angka ini sekaligus membolehkan Samsung memegang sebanyak 34.6% daripada pasaran telefon pintar, manakala Apple memegang sebanyak 17.8% pasaran.

Nokia menduduki tangga ketiga dengan jualan sebanyak lebih 10.2 juta telefon pintar pada suku tahun yang lepas, dimana dari segi peratusan, mereka memegang sebanyak 7% pasaran telefon pintar.

Dan kini dengan masing-masing pengeluar bakal memperkenalkan kemaskini kepada telefon pintar mereka, selain Samsung yang telah pun memperkenalkan Galaxy S3, mungkin angka ini serba sebanyak berubah pada suku tahun akan datang.


TIPS & ULASAN