Carian
Nokia Bakal Mengumumkan Peranti MeeGo Dwi-Teras Pada Bulan September?
July 27, 2012 Aman

Nampaknya mungkinkah Nokia masih tidak melupakan MeeGo, dimana ura-ura terkini mengatakan Nokia bakal memperkenalkan telefon pintar dwi-teras menggunakan MeeGo pada bulan September kelak, bersama-sama dengan pengumuman peranti Windows Phone 8 yang baru.

Sebelum ini, kita telah mendengar yang mana Nokia bakal memperkenalkan telefon pintar Windows Phone 8 daripada mereka pada bulan September ini. Dan mengikut ura-ura terkini, Nokia turut dikatakan akan memperkenalkan peranti MeeGo menggunakan spesifikasi lebih tinggi daripada Nokia N9 diperkenalkan.

Mengikut ura-ura yang dilaporkan, Nokia bakal membawakan rekabentuk seumpama Nokia N9, tetapi dengan cip pemprosesan dwi-teras 2GHz bersama-sama cip TI OMAP 5430.

Perkara ini masih tidak disahkan lagi, malah ramai yang masih ragu-ragu sama ada Nokia akan memperkenalkan peranti MeeGo baru kepada umum.

Komen